SERVIS KAMI : LATIHAN & acara . AKADEMIK . VIDEO PROUDKSI . penerbitaN
UTAMA KUISCELL SDN BHD PROFIL SYARIKAT KAMI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF HUBUNGI KAMI LOKASI KAMI
 Pada 1 Julai 2011, KUISCELL telah diperbadankan sebagai KUISCELL SDN BHD dan menjadi anak syarikat milikan penuh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS). Pusat pengajian ini ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan potensi komuniti KUIS khususnya, anak syarikat serta seluruh komuniti secara amnya ke arah menjadi masyarakat berilmu serta berintelektual. Peranan pusat pengajian ini adalah untuk menyediakan potensi insan yang berkualiti untuk memacu perubahan dalam kehidupan seiring dengan kefahaman yang sebenar. KUISCELL bertanggungjawab membangunkan program dan kursus yang mendidik masyarakat dalam usaha memberi nilai tambah kepada ilmu dan kemahiran sedia ada. Justeri potensi insan yang berkualiti ini mampu menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Peranan KUISCELL diperluas sebagai Pusat Pengajian Sepanjang Hayat berteraskan Islam yang beroperasi melalui empat cabang utama iaitu Akademik, Rundingan & Acara, Media & Produksi dan Penerbitan yang membuka dan menerima pelbagai peluang perniagaan serta kerjasama bersama KUIS, agensi yang bernaung di bawah kerajaan Negeri Selangor, syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

VISI

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan pengajian sepanjang hayat berteraskan Islam terunggul di Malaysia

MISI

KUISCELL adalah sebuah entiti perniagaan. KUISCELL menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai teras perkhidmatan. KUISCELL sentiasa membangunkan kompentensi dalam menyediakan khidmat kepakaran. KUISCELL merupakan sebuah entiti yang menyumbang kepada pembangunan‚Ä® dan kesejahteraan masyarakat.

MOTO

"The Cell Of Wisdom" English
Bahasa Melayu "Benih Kebijaksanaan"
Tentang Kami
Carta Organisasi
Kepakaran

KUISCELL SDN. BHD. (933458-P)

BLOK PENTADBIRAN KUIS,

PERSIARAN 1, BANDAR SERI PUTRA,

43000 KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik KUISCELL Sdn. Bhd.

Apa-apa jenis penggunaan yang lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran KUISCELL adalah dilarang sama sekali.

¬© 2017 KUISCELL SDN BHD.  Hakcipta Terpelihara