SERVIS KAMI : LATIHAN & ACARA . AKADEMIK . VIDEO PROUDKSI . PENERBITAN

KURSUS ASAS BAHASA ARAB (KABAR)

      OBJEKTIF

  • Memberi pengetahuan bahasa Arab kepada pelajar sebelum menyambung pengajian dalam Diploma Pengajian Islam di KUIS.
  • Melahirkan pelajar yang mampu menggunakan kemahiran asas bahasa Arab yang dipelajari.
  • Membantu pelajar untuk menguasai komunikasi ringkas dalam bahasa Arab.
  • Membantu pelajar untuk membina ayat dengan sempurna.
  • Membantu pelajar untuk membaca teks Arab dengan betul.
  • Membantu pelajar untuk memahami teks bahasa Arab dengan baik.

 

      SINOPSIS KURSUS

  • Kursus Asas Bahasa Arab (KABAR) dijalankan bermula Jun 2014 oleh KUISCELL Sdn. Bhd. Penyertaan kursus dibuka  kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tanpa mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM.
  • Tempoh pengajian pelajar adalah selama 6 bulan atau satu tahun bergantung kepada keputusan Ujian Penilaian Bahasa Arab (UPBA) pelajar. Pelajar akan dianugerahkan sijil penghargaan dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Diploma Pengajian Islam KUIS.
  • Namun demikian, bermula Jun 2019, KUIS mengubah dasarnya dengan membolehkan pelajar yang tiada asas bahasa Arab untuk mendaftar pengajian di KUIS. Sehubungan itu, Bahagian Akademik KUISCELL mengambil inisiatif dengan menetapkan tempoh pengajian adalah 6 bulan bagi menarik minat pelajar-pelajar terbabit untuk mengambil kursus KABAR terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan sebelum ke KUIS.
  • Selain itu, target penyertaan KABAR juga telah diperluas kepada golongan masyarakat awam yang berminat untuk mendalami bahasa Arab secara sepenuh masa dalam tempoh 6 bulan.

 

      SIRI PENGAMBILAN

  • Jun & Disember

 

      YURAN

  • Pengajian + Asrama = RM 1,560.00
  • Pengajian                    = RM 1,020.00

 

     TEMPOH PENGAJIAN

  • 6 bulan

 

 

 

TEKAN UNTUK BESAR

KUISCELL SDN. BHD. (933458-P)

BLOK PENTADBIRAN KUIS,

PERSIARAN 1, BANDAR SERI PUTRA,

43000 KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik KUISCELL Sdn. Bhd.

Apa-apa jenis penggunaan yang lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran KUISCELL adalah dilarang sama sekali.

© 2017 KUISCELL SDN BHD.  Hakcipta Terpelihara